Penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak memerlukan pengenalan lagi kerana pasti setiap orang di Malaysia mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ ini masih relevan hingga sekarang, dan setiap lagu yang beliau cipta sentiasa mendapat sambutan yang hangat!
Baru-baru ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat siaran langsung di media sosialnya terutamanya di Instagram dan TikTok ketika berada di dalam kereta. Beliau juga banyak meluangkan masa bersama anak-anaknya, terutama jika tiada jadual kerja pada hari tersebut.
“Afiyah Ajak Tokti Cium Kaabah”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @sitizoner mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini telah mendapat 82 ribu tontonan, 2213 tanda suka, dan 59 komen.
Video tersebut mempamerkan Afiyah yang berada di sebelah Tokti dan adiknya Afwa meminta Tokti untuk pergi mencium Kaabah.
@sitizoner
Ramai netizen teruja melihat tingkah laku manja Afiyah dalam video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afiyah sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di tanah suci. Netizen juga turut mendoakan agar anak-anak Tokti menjadi insan yang bijak dan soleh.
Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki di tanah suci, semoga diberi peluang untuk ke sana. Semoga kita semua juga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
Apakah pendapat anda?