Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Afwa Menyakat Bodyguard Siti Nurhaliza, Raih Perhatian!-“Kak Mimi Tak Sayang...

    [VIDEO] Gelagat Afwa Menyakat Bodyguard Siti Nurhaliza, Raih Perhatian!-“Kak Mimi Tak Sayang Adik…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Haritu Ibu Kalini Giliran Kak Mimi Pulak, Afwa Ni Kan Hahaha”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @daniyazuera yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 719 ribu, tanda suka sebanyak 18 ribu dan sebanyak 231 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang mengadu kepada Tokti bahawa bodyguardnya tidak menyayanginya selepas kantoi menumpahkan air.

    @daniyazuera

    @Zura Ibrahim | Teamstarz @Zura Ibrahim | Teamstarz @Zura Ibrahim | Teamstarz Gelagat Afwa & Ibu. Comel tau! #afwa #sitinurhaliza #cute #happy #afwaanakibu #anakanda #cahayamata #viral #viralvideo #live #comel #pipimerah #toktitiktok #happyfamily #tilljannah

    ♬ Cute – Aurel Surya Lie

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Afwa sangat mencuit hati ramai. Tambah mereka lagi, Afwa semakin cerdik dan petah berkata-kata apabila bersama dengan orang dewasa disekelilingnya itu.

    Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts