Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 1, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Aina Abdul Dodoikan Kucing Sambil Payung lagu Siti Nurhaliza, Raih...

    [VIDEO] Gelagat Aina Abdul Dodoikan Kucing Sambil Payung lagu Siti Nurhaliza, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau. Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

    Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

    Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.

    “Rindu Nak Dengar Aina Abdul Cover Lagu Tokti Macam Dulu-Dulu”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ainaxvocals yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 18 ribu, tanda suka sebanyak 1,121 dan sebanyak 59 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Aina Abdul yang sedang mengendong kucing kesayangannya itu sambil menyanyikan lagu Tokti yang berjudul ‘Seribu Kemanisan’.

    @ainaxvocals

    Kucing pun suka dengar mama suara merdu yaaa! #ainaabdul #tiktoklive

    ♬ original sound – AinaxVocals – AinaxVocals

    Rata-rata peminat teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat Aina Abdul menyanyikan lagu-lagu dari idolanya itu.

    Apa-apa pun, semoga Aina Abdul terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti buat peminat setianya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts