Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau. Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.
Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.
“Selain Untuk Menyanyi, Cara Ni Juga Berkesan Untuk Digunakan Sebelum Mengaji Dan Ianya Bagus!”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ainaxvocals yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumalah tontonan sebanyak 16 ribu, tanda suka sebanyak 1,327 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aina Abdul yang menunjukkan 3 teknik pemanasan suara sebelum memulakan nyanyiannya itu.
@ainaxvocals
Applicable to singers, teachers atau nasyid sekolah atau mana2! #ainaabdul #vocalcoach #warmup
♬ original sound – AinaxVocals – AinaxVocals
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa itu adalah ilmu yang sangat berguna untuk diguna pakai bukan sahaja untuk nyanyian malah untuk mengaji juga.
Apa-apa pun, semoga Aina Abdul terus menghasilkan karya yang berkualiti terutamanya buat peminat peminatnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?