Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak-Anak Siti Nurhaliza Semangat Lihat ‘Rehearsal’ Menyanyi, Curi Perhatian Ramai!-“Semangat...

    [VIDEO] Gelagat Anak-Anak Siti Nurhaliza Semangat Lihat ‘Rehearsal’ Menyanyi, Curi Perhatian Ramai!-“Semangat Betul Afwa”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Seronok Tengok Anak-Anak Support Ibu Tengah Menyanyi”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @produktokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 162 ribu, tanda suka sebanyak 3,656 dan sebanyak 60 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang rehearsal menyanyi disebuah acara dan kelihatan anak-anaknya iaitu Afiyah dan Afwa yang menjerit memanggil ibunya itu.

    @produktokti

    Comel betul anak2 ibu Aafiyah & Afwa jerit2 panggil ibu @Siti Nurhaliza waktu soundcheck #cuckootopia ♥️ #tokti #BiduanitaNegara #sitinurhalizastore #produktokti #simplysiti #beausiti

    ♬ Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat telatah anak-anak Tokti terutamanya anak lelakinya iaitu Afwa yang sangat comel dan mencuit hati.

    Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menjadi anak soleh dan solehah yang taat pada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts