Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak-Anak Syatilla Melvin Masuk Sekolah Raih Perhatian!-“Sampai Menangis”

    [VIDEO] Gelagat Anak-Anak Syatilla Melvin Masuk Sekolah Raih Perhatian!-“Sampai Menangis”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, telah bernikah pada 8 Februari 2016 dan diberkati dengan 3 orang anak, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

    Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan hos wanita di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2012, dan dengan bakat lakonan serta kecantikan wajahnya, beliau cepat dikenali ramai.

    Seperti yang kita sedia maklum, Syatilla sering berkongsi video bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di Instagram dan TikTok. Beliau juga dikenali dengan sifat lucunya bersama keluarga, yang menghiburkan ramai peminat dengan kelakarannya tersebut.

    “Mesti Syeriv Hairan Kenapa Ramai Minta Tandatangan Ayahnya”

    Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik di TikTok milik Shaheizy Sam yang menarik perhatian ramai. Video tersebut kini telah mencapai 1.4 juta tontonan, 144 ribu suka dan 1,330 komen.

    Dalam video tersebut, Shaheizy Sam bersama isteri, Syatilla Melvin, menghantar dua anak mereka, Syeriv dan Sarima, ke sekolah pada hari pertama. Video juga menunjukkan anak perempuan mereka menangis kerana ke sekolah untuk kali pertama dan Shaheizy Sam dikepung oleh pelajar lain untuk mendapatkan tandatangan daripadanya.

    @shaheizysam

    1st day at school

    ♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

    Ramai netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syeriv dan Sarima sangat berbeza dalam reaksi mereka, di mana seorang menangis dan yang lain tidak. Mereka juga berkongsi pengalaman yang sama apabila menghantar anak mereka ke sekolah untuk pertama kalinya.

    Walau bagaimanapun, semoga anak-anak mereka tumbuh menjadi anak yang berbakti dan membanggakan ibu serta ayah mereka, dan semoga kita semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Apa pendapat anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Zizan Razak Hadiahkan Ibu Mercedes Keluaran Terbaru-“Tak Sangka Dia Beli Kereta, Dulu Dah Beli Rumah!”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts