Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Jangan Risau Aaaisyah, Sebenarnya Semua Orang Materialistik Hahaha”-Netizen
Baru-Baru ini. tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 627 ribu, sebanyak 22 ribu dan sebanyak 176 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang menjawab pertanyaan dari Che Ta sempena hari lahirnya itu.
@rozitachewan1
Ayoooooooo nervous kami dgr jawapan dia🤣 . Taun depan tetap kami buat Birthday Party Aaisyah kt @Lantera Venue lagiiiiii laaaaa ! Senang tk payah pikiaq ! Tempat selesa, makan sedap , deco letup , settled !!!! Yg pastii tema dia taun depan ttp pink 😬 . #lanteravenue #aaisyah #fyp #birthdayparty
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah merupakan seorang kanak-kanak yang cantik dan anggun. Tambah mereka lagi, Che Ta juga mampu menurut kemahuan Aaisyah jadi tidak ada masalah jika dirinya seorang yang ‘Materialistik’.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?