Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Kuatnya Merajuk Si Kecik Ni, Mesti Ikut Mak Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khawlalafns yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 73 ribu, tanda suka sebanyak 2,595 dan sebanyak 122 perkongsian.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak Ernie Zakri yang merajuk selepas ditegur.
Enjoy this post in TikTok:
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Khawla sangat sentitif dan suka merajuk namun ianya senang dipujuk.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?