Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Raih Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Dengar Khawla Tu Menyanyi Versi Dangdut Pula”-Netizen

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 547 ribu, tanda suka sebanyak 42 ribu dan sebanyak 175 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Ernie Zakri dan Syamel iaitu Khawla menyanyikan lagu yang sedang menjadi hangat di negara Indonesia iaitu Masing-Masing.

    @ernienator.my

    “lebih baik kita bashi bashi” – lala ❤ #xyzbca #fyp #4u #galaubrutal #fypindonesia #masingmasing #adegovinda #erniezakri #menduniaez #khawla

    ♬ Masing Masing – Encik Senget

    Rata-rata netizen terhibur melihat Khawla menyanyikan lagu ibunya sendiri itu. Tambah mereka lagi, nyanyian versi Khawla kedengaran sangat comel serta gelagat dia menghayati lagu tersebut juga meraih perhatian netizen.

    Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah dan taat kepada ibu dan bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    ALSO READ:  “Saya Penakut Sikit!”-Bell Ngasri Terkejut Tersenarai Dalam Kes Fitnah Rosyam Noor

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts