Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Tidak Mahu Bergambar Dengan Irfan Haris...

    [VIDEO] Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Tidak Mahu Bergambar Dengan Irfan Haris Buatkan Ramai Terhibur!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Hanya Uncle Aziz Harun Je Yang Boleh Bergambar Dengan Khawla”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 431 ribu, tanda suka sebanyak 38 ribu dan sebanyak 211 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Irfan Haris yang ingin mengambil gambar bersama Khawla akan tetapi ianya tidak mahu bahkan Khawla ingin bergambar hanya bersama Aziz Harun.

    @ernienator.my

    menggeletis ek Lala kalau jumpa uncle ajis, siap gigit jari tak tahan tu 😭❤ sorry uncle irfan, cuba lain kali ya 🤣 #erniezakri #syamel #khawlasoleha #azizharun #irfanharis #masingmasing #fyp #xyzbca

    ♬ original sound – Ernie Zakri MY – Ernie Zakri MY

    Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aziz Harun tidak dapat dikalahkan lagi oleh mana-mana lelaki yang dapat mencairkan hati Khawla.

    Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts