Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Agak-Agak Satu Hari Nanti, Aziz Harun Kahwin Lala Kecewa tak?”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aina.lee0 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 267 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 71 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang tersipu malu apabila melihat Aziz Harun di dalam Telefon yang dilihatnya itu.
@aina.lee0 She nervous sampai tak tentu arah dah🤣 #khawla #azizharun #erniezakri #syamelernie
♬ original sound – Aina Bakri – Aina Bakri
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terhibur melihat gelagat ‘gedik’ Khawla itu. Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak yang solehah yang taat pada ibu bapanya.
Semoga kita semua di berikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?