Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Intan Ladyana Menyanyi Dekat Adik Raih Perhatian Ramai!-“Lembut Je...

    [VIDEO] Gelagat Anak Intan Ladyana Menyanyi Dekat Adik Raih Perhatian Ramai!-“Lembut Je Suaranya”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita Malaysia, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana. Selain seorang pelakon, Intan Ladyana juga seorang model dan pengacara wanita di Malaysia.

    Memulakan kerjayanya pada tahun 2005, membuatkan Intan Ladyana cukup matang dan dikenali ramai dalam industri seni tanah air. Mendirikan rumahtangga bersama Harris Alif pada tahun 2021 serta mereka semakin bahagia bersama cahaya mata mereka iaitu Evie.

    Jarak usia antara Intan Ladyana dan Harris Alif tidak menjadi masalah dalam hubungan mereka kerana Harris Alif kelihatan sangat matang selepas menjadi suami Kepada Intan Ladyana.

    ”Comel Nyanyi Cikebum Dengan Daddy”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 87 ribu, tanda suka sebanyak 4,137 dan sebanyak 97 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Evie bersama ayahnya iaitu Harris Alif menyanyikan lagu “cikebum” sambil duduk di sebelah adiknya yang baru lahir itu.

    @harrisalif

    Cikebum cikebum

    ♬ original sound – Harris Alif – Harris Alif

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Evie seorang kakak yang sangat lembut suaranya, ditambah pula dengan telatahnya yang sangat comel itu.

    Apa-apa pun, semoga Evie membesar menjadi anak solehah yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya dan menjadi kakak yang baik serta bertanggungjawab.

    Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts