Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita Malaysia, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana. Selain seorang pelakon, Intan Ladyana juga seorang model dan pengacara wanita di Malaysia.
Memulakan kerjayanya pada tahun 2005, membuatkan Intan Ladyana cukup matang dan dikenali ramai dalam industri seni tanah air. Mendirikan rumahtangga bersama Harris Alif pada tahun 2021 serta mereka semakin bahagia bersama cahaya mata mereka iaitu Evie.
Jarak usia antara Intan Ladyana dan Harris Alif tidak menjadi masalah dalam hubungan mereka kerana Harris Alif kelihatan sangat matang selepas menjadi suami Kepada Intan Ladyana.
“Lepas Dengar Adik Nyanyi, Akak Terus Lupa Lirik”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 584 ribu, tanda suka sebanyak 36 ribu dan sebanyak 595 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan anak perempuan Intan Ladyana dan Harris Alif menyanyikan lagu raya terbaru yang tular di semua platform media sosial.
@harrisalif Alamak Nak Tidur! 😆🤣
♬ original sound – Harris Alif – Harris Alif
Rata-rata netizen terhibur mendengar nyanyian Evie itu. Mereka juga mengatakan bahawa, selepas mendengar Evie menyanyi, mereka terlupa akan lirik asal lagu tersebut.
Apa-apa pun, semoga Evie membesar menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?