Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Mengadu, Raih Perhatian-“Ibu Tak Sayang Afwa...

    [VIDEO] Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Mengadu, Raih Perhatian-“Ibu Tak Sayang Afwa Pun”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Anak Kedua Mmemang Kuat Drama, Hehehe”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 97 ribu, tanda suka sebanyak 3,643 dan sebanyak 162 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang merakam Afiyah mendapat permainan kertas, namun kedengaran suara Afwa yang mengatakan bahawa Tokti tidak sayang padanya kerana hanya Afiyah sahaja yang peroleh mainan tersebut.

    @sitizoner

    #fyp

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perangai anak nombor dua sememangnya begitu, mahu yang sapa apa yang anak sulung peroleh. Tambah mereka lagi, reaksi Afwa tersebut sangat menhiburkan kerana sama persis anak mereka.

    Apa-apa pun, semoga Afiyah dan Afwa membesar menjadi anak soleh solehah yang taat pada kedua ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa Kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts