Penyanyi terkenal negara, Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana semua orang di Malaysia pasti mengenali beliau. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih relevan sehingga kini, dengan setiap lagu yang dikeluarkannya mendapat sambutan yang hangat!
Baru-baru ini, Siti Nurhaliza kelihatan menghabiskan banyak masa membuat siaran langsung di media sosial miliknya, terutamanya di Instagram dan TikTok ketika berada dalam kereta. Selain itu, sejak anak-anaknya semakin besar, beliau banyak meluangkan masa bersama mereka jika tiada jadual kerja pada hari tersebut.
“Mesti Betul Tu Ada Nenek, Takutnya”-Netizen
Kejadian video yang dimuat naik di TikTok oleh @firdaosyauqi baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Video ini telah mendapat hampir 194 ribu tontonan, 6,764 tanda suka, dan 287 komen.
Video tersebut menunjukkan Siti Nurhaliza menyuruh anaknya untuk tidur, namun anaknya enggan tidur tanpa kehadiran ibunya.
“Iya, Afwa ni memang dia tunggu saya. Afwa kenapa taknak tidur dulu. Takut apa?”-Soal Tokti
“Tapi takut ibu tutup lampu, nanti ada nenek”-jawab Afwa
@firdaosyauqi Afwa nyanyi. Ibu backup vocalist😁💙🫰🏻@Siti Nurhaliza video credit IG live/post CTDK song credit SRC SNP @Rozisangdewi @Suria Records Sdn. Bhd. #afwa #sitinurhaliza #nyanyi #backupsinger #voiceofasia #asianumberone #livinglegend #sitizone #sitizoner #sitizoners #mengimbaukenangan #laguhits #sitinurhaliza #queenofajl #queenofvocals #queenofasia #oneandonly #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #foryourpage #foryoupageofficiall #foryoupage❤️❤️ #foryour #viral #virall #viralvideo #viraltiktok #viral_video #viralvideos #trending #trendin #trendy #trend #janganfyp #janganlupabahagia #janganlupabersyukur
♬ Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza
Kebanyakan netizen teruja melihat video tersebut kerana Afwa menyanyikan lagu “Nenek Si Bongkok 3” di penghujung video. Mereka mengatakan bahawa ada cerita yang mengatakan jika menyanyikan lagu tersebut, nenek itu akan muncul.
Semoga segala yang terbaik terjadi kepada mereka. Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang melimpah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Apakah pendapat anda?