Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Neelofa, Bilal Membaca Al-Fatihah Raih Perhatian Ramai!-“Pandainya Dia”

    [VIDEO] Gelagat Anak Neelofa, Bilal Membaca Al-Fatihah Raih Perhatian Ramai!-“Pandainya Dia”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Netizen semakin teruja melihat telatah Muhammad Bilal yang merupakan anak sulung kepada pelakon dan pengacara Neelofa dan PU Riz. Dahulu netizen pertikaikan mengenai wajah Bilal yang disorok. Kemudian apabila wajahnya dipertontonkan kepada umum, netizen mula tidak sabar untuk menyaksikan telatah Bilal yang comel.

    Bilal mempunyai banyak karenah, antaranya Bilal suka bercakap apabila mendengar umminya berbicara atau mendengar orang sekeliling bersembang serta membuat bunyi-bunyi bintang yang dipelajarinya.

    Pada bulan julai 2023, Neelofa selamat melahirkan anak keduanya iaitu adik kepada Bilal yang merupakan bayi lelaki yang diberi nama Abdullah Abbas. Neelofa mengatakan bahawa nama tersebut atas rujukkannya bersama suami daripada hadis baginda Rasulullah SAW.

    “Tak Sangka Neelofa Fasih Berbahasa Arab”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok @naqiahazizan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 501 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 86 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa membaca Al-Fatihah bersama anak sulungnya iaitu Bilal. Namun, yang menarik erhatian adalah, reaksi Bilal yang hanya sambung setiap perkataan dihujung surah tersebut.

    @naqiazizan

    @Naqiah Azizan 👈🏻👈🏻 MasyaAllah Bilal Cerdik. Hari-hari dengar dah boleh ikut. Nak juga anak-anak kita mahir menghafazkan. Mana nak dapat the kaabah ni? Check vtt yang i share tu okayh.

    ♬ original sound – Naqiah Azizan – Naqiah Azizan

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya Bilal seorang yang bijak serta cepat membesar. Tambah mereka lagi, suara Neelofa ketika membaca Surah Al-Fatihah juga sangat lembut dan merdu untuk di dengar.

    ALSO READ:  Lana Nodin Sekeluarga Tunai Umrah, Netizen Titip Doa

    Apa-apa pun, semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts