Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur!-“Tangan Tu Terpantas Dalam Dunia”

    [VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Buat Netizen Terhibur!-“Tangan Tu Terpantas Dalam Dunia”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, gelagat cahaya mata sulung aktor terkenal atau ‘Hero Malaya’, Remy Ishak iaitu Tuah Alam mencuri perhatian netizen.

    Menerusi video yang dimuatnaik oleh isteri kepada Remy iaitu Ezza Yusof, memaparkan gelagat bayi sulung mereka yang lincah mahu ‘merampas’ cawan kopi Remy selepas membawa Tuah untuk pemeriksaan doktor di hospital.

    Di ruangan kapsyen, Ezza sempat berseloroh dengan gelagat Tuah yang turut mahu minum kopi seperti bapanya itu.

    IKLAN

    “Dia feeeeling nak coffee coffee macam Ayah lepas check up 😆 Tuah Alam Anak Ayah.”-kapsyen Ezza di TikTok

    @roseezza

    Dia feeeeling nak coffee coffee macam Ayah lepas check up 😆 Tuah Alam Anak Ayah. #tuahalam #remyishak #remyezza

    ♬ 1000tahunlamanya – LyricsSong

    “Tangan Tu, Terpantas Dalam Dunia…”

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Tuah yang semakin lincah, malah ramai yang teruja dengan wajah comel pelakon filem Pulang.

    Sekadar info, Remy Ishak dan Ezza Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang dilahirkan pada Julai 2023.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts