Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Hahaha Comel Betul Lah Afwa Intan Payung Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tya Arifin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 464 ribu, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 68 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang menunjukkan reaksi rindu kepada abangnya iaitu Asyraf yang tidak berada dirumah ketika kunjungnya itu.
@tyaarifinofficial
@Tun Asyraf Khalid ™ adik bongsu awak rindu sangat ni,hehehe cepat balik😍🙈😂😅 . #fyp #tyaarifin #afwa #sitinurhaliza #asyrafkhalid #ctdk
♬ original sound – SQUID GAME 2
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gelagat Afwa sering mencuit hati ramai terutamanya apabila dia berkata-kata kerana terlihat sangat petah dan comel.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan kesihatan, rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?