Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Nasib Baik Bagi Naik Batu, Kalau Tak Nanti Keluar Ayat Merajuk Dia Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 154 ribu, tanda suka sebanyak 6,595 dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada di sungai yang terletak di rumah hutan Bonda Rozita. Terlihat juga gelagat anak lelaki Tokti iaitu Afwa yang juga turut ingin mengikutnya menaiki batu untuk membuat video konten.
@sitizoner
#fyp
♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa anak lelaki kebanyakkannya begitu kerana ianya pasti akan mencari ibunya walau dimana sekalipun.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?