Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Alhamdulillah, Mak Tokti Pun Masih Kuat Berjalan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizashop yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 29 ribu, tanda suka sebanyak 395 dan sebanyak 14 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan afwa yang duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh neneknya.
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa anak nombor 2 memang banyak karenahnya. Tambah mereka lagi, pasti nenek-neneknya suka melayan dan melihat gelagat comel Afwa itu tambah pula dapat bercuti dan luang masa bersama dengannya.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?