Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Syamel Tersipu Malu Dengar Ucapan Aziz Harun, Netizen Terhibur!

    [VIDEO] Gelagat Anak Syamel Tersipu Malu Dengar Ucapan Aziz Harun, Netizen Terhibur!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gelagat anak perempuan kepada pasangan selebriti, Syamel dan Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha mencuri perhatian netizen serta rakan selebriti di media sosial.

    Syamel, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan Khawla yang ‘malu-malu kucing’ apabila menonton video ucapan penyanyi, Aziz Harun yang turut menyanyikan lagu raya popular gandingannya bersama penyanyi Aisha Retno berjudul Ketipak Ketipung Raya.

    “Okay hai Lala (panggilan manja Khawla), Uncle Aziz di sini. Uncle Aziz nak nyanyikan lagu raya untuk Lala boleh?. Ketipak ketipung sayang, baju raya dah beli ke sayang? Kalau sudah, mari beraya..

    Dengar cakap mummy dan daddy okay. See you soon Lala, love you.”-titip Aziz Harun menerusi rakaman video

    View this post on Instagram

    A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

    Rakan Selebriti & Netizen Terhibur!

    Perkongsian Syamel dibanjiri dengan komen rakan selebriti serta netizen yang terhibur melihat gelagat Khawla, malah ibu kepada Khawla turut memberi respon dengan memberikan pesanan untuk tidak melukakan hati bapanya lagi.

    “Lala..kesian la daddy tu. Jangan seksa Daddy lagi okay .”-Ernie Zakri

    “Haishh comell la Lala ni! See you soon ok? 🥰❤️😂.”-Aziz Harun

    “Hahahah no syatu lala!! Ocix pun nak uncle ajih 🤣😝😂🤭.”-Rosix Omar

    “Amboii cik awek ni gigit kangg geyyamlah 😬 auntie Jue Aziz tak nak ke???🤪🤣.”-Jue Aziz

    “Nervous ke tu lala 😂.”-Indah Ruhaila

    “Daddy ajar lala guna kabel ye 😂.”

    “Bukan lala je yang nak uncle azish.”

    “Tepuk dinding tu 😂 gagal untuk bertenang 😂😂.”

    Sekadar info, Khawla merupakan anak perempuan kepada pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri. yang mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021. Hasil perkahwinan, Syamel dan Ernie dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha.



    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts