Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Hadiri Majlis Perkahwinan Raih Perhatian...

    [VIDEO] Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Hadiri Majlis Perkahwinan Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.

    Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudia mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.

    “MasyaAllah, Hensemnya Isaac Raees Pakai Tuxedo”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 69 ribu, tanda suka sebanyak 1,496 dan sebanyak 32 komen.

    Di dalam video tersebut, memaparkan kelakuan Isaac Rees yang sangat sopan dan tertib ketika menghadiri majlis perkahwinan itu.

    @fansofisaacraees

    Kacaknya Isaac ❤️ #isaacraees #aimanhakim #zahirahmacwilson #aimanhakimridza #zahirah #inararaisa

    ♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Isaac Raees merupakan seorang kanak-kanak yang pintar dan sopan. Tambah mereka lagi, Isaac Raees kelihatan sangat segak mengenakan baju tersebut.

    Apa-apa pun, semoga Isaac Raees menjadi anak soleh yang taat kepada ibu dan ayahnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts