Perkongsian pelakon, Atikah Suhaime mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini di media sosial.
Atikah, menerusi perkongsian di TikTok, dilihat memberikan kejutan kepada bapa mentuanya, Dato’ Seri Mohd Kamal dengan menghadiahkan produk perniagaan miliknya, Zaitun Kosmetik.
“Kalau nak tahu, papa mentua yang buat slogan ‘gunakan tanpa was-was’ untuk Zaitun. Nama dia Dato Seri Kamal Teh. Beliau waktu zaman 80-an sangat power marketing. Lagu Zaitun semua idea papa mentua.
Disebabkan hasil marketing beliau, jenama Zaitun jadi peneraju utama untuk produk halal di Malaysia tahun 80-an/ 90-an..”-kongsi Atikah di TikTok
@atikahsuhaimeeee So far, tak pernah lagi lah dengar mak ayah, mertua, reject #ubatgigizaitun 😅 #fyp #ubatgigizaitunviral #ubatgigizaitunbiru #zaitunbiru #zaitunbeauty @Zaitun Industry
♬ original sound – TikaMe – TikaMe
“Menantu Bawa Tuah…”
Gelagat Atikah bersama bapa mentua dibanjiri dengan kata-kata pujian netizen, malah ada yang berpendapat keluarga mentuanya itu sangat bertuah memiliki Atikah sebagai menantu.
“Tak pasti lah, tapi yang aku nampak diorang satu family untung giler dapat menantu macam Tika.”
“Bukan saja Tika tolong promote Zaitun tapi Tika pun pandai jaga diri. Takde buat gosip dan buat benda pelik-pelik.”
“Bagus Atikah ni, dia pandai bawa diri masuk dalam famili suami dia. Mak dan bapa dia sayang dia termasuk adik-beradik suami. Terus merendah diri Atikah, biar semua orang sayang Atikah.”
“Menantu bawak tuah tu ada ong kata orang Cina. Sebab dia Zaitun naik balik.”
“Atikah ni aura dia lain macam. Esok lusa jangan pelik anak dia boleh cetuskan era baru dalam industri bisnes di Malaysia mahupun Singapura. Semoga sentiasa dalam LindunganNya Atikah. Love sangat.”
Apa komen anda?