Pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menarik perhatian peminat apabila berkongsi video gandingannya bersama suami yang juga pelakon Haris Ismail serta putera sulung mereka, Bilal menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.
Promosikan Produk Makanan
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah gelagat Bilal yang menyambung bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh ibunya sebelum makan.
“Ini lah drama Arab yang tak dikeluarkan di Malaysia! 😅.”-kapsyen Neelofa di Instagram
View this post on Instagram
“Ada Pelakon Cilik Gebu Gebas..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Neelofa sekeluarga bertutur dalam bahasa Arab ketika mempromosikan produk makanan, malah ramai yang ‘geram’ dengan gelagat Bilal yang menyertai ummi-nya membaca ayat suci Al-Quran.
“Comey Bilal.”
“Comey laa..Hariz ni memang jenis kelakar ek? Sebab kebanyakan video iklan dia mesti kelakar-kelakar.”
“MasyaAllah! Sister sudah cakap Arab lah.”
“Laju Lofa bercakap. hihihi. Comelnya si gebu gebas tuuu sambung-sambung ummi dia baca.”
“Bilal comelnya Clever boy.
“Hahaha baru tengok sampai habis. Bilal omeyy.”
“Wahh bestnya drama ni. Ada pelakon cilik yang gebu gebas ni. Next episode please.”
“Comey dooh Bilal.”