Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Dulu Masa Afwa Lahir Dia Ada, Sekarang Muncul Lagi”-Tokti
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 96 ribu, tanda suka sebanyak 4,844 dan sebanyak 43 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menunjukkan seekor burung yang hinggap di jendela rumahnya itu.
#fyp | ibu tak sayang afwa | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terhibur melihat gelagat Afwa yang sangat lucu dan bersahaja itu. Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu dan bapanya itu.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?