Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGelagat Che Puan Sarimah Ibrahim Bersama Anak Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Netizen!

    Gelagat Che Puan Sarimah Ibrahim Bersama Anak Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebut sahaja nama Che Puan Sarimah Ibrahim, pasti ramai yang terbayang seorang pelakon yang jelita, menawan dan berbakat. Sarimah Ibrahim bukan sahaja pandai berlakon, dia juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kini Kau Tiasa’ suatu ketika dahulu.

    Selain itu, walaupun kini Sarimah Ibrahim telah memasuki usia 40-an, namun kecantikkannya semakin terserlah dan ramai yang terpesona melihatnya menjaga penampilannya sehingga ke hari ini.

    “Lembut Je Che Puan Sarimah Panggil Afiyah”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 254 ribu, tanda suka sebanyak 5,349 dan sebanyak 65 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Puan Sarimah memuji pakaian yang dikenakan oleh Afiyah.

    @sitizoner

    #fyp

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat gaya Che Puan Sarimah yang sangat lembut apabila berbicara dengan kanak-kanak. Tambah mereka lagi, mereka juga tidak menyangka anak kepada penyanyi no 1 Malaysia itu semakin membesar dan pandai bergaya.

    Apa-apa pun, semoga Afiyah membesar menjadi anak solehah yang taat pada kedua ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts