Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Che Ta Beraya Sampai Tercabut Kasut Tumit Tinggi, Cetus Perhatian...

    [VIDEO] Gelagat Che Ta Beraya Sampai Tercabut Kasut Tumit Tinggi, Cetus Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Patutlah Baju Raya Dia Banyak, Kat Mana-Mana Ada Dia”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 352 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 146 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang terpaksa membuka kasut tumit tinggi miliknya ketika berjalan untuk ke tempat letak kereta selepas menghadiri majlis rumah terbuka kawannya itu.

    “Bila orang ajak i datang open house, rumah diorg pulak berbukit. Sebelum i tertomoih masuk ke kolam depa, baik aku buka kasut”-Kata Che Ta

    @rozitachewan1

    Kisah semalam beqaya dgn kak ziana🤣🤣🤣🤣🤣🤣 Kami jaqang2 tak pakai heel, sekali qumah depa tuqun bukit pulakkkk🤪 sblm tomoih, sanggup la berkaki ayam🤗 . #rozitachewan #fyp #cheta #rcw #zsrcwraya2024 #rizmanruzaini #cekangjelita #serumcheta

    ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Che Ta seorang yang tidak penat untuk menghadiri rumah terbuka jemputan kawan-kawannya, kerana hampir setiap hari menerima jemputan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rossa Dedah Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami – ‘Tiada Cinta, Kami Seperti Adik & Abang’

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts