Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment{VIDEO] Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai!-“Tak Makeup Mata Sanggup...

    {VIDEO] Gelagat Che Ta Menyakat Aaisyah Raih Perhatian Ramai!-“Tak Makeup Mata Sanggup Pakai Cermin Mata Hitam”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Tak Perlu Test DNA, Memang Anak Che Ta”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, tanda suka sebanyak 65 ribu dan sebanyak 340 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memberitahu bahawa Aaisyah memakai cermin mata hitan kerana tidak sempat untuk makeup matanya itu.

    “Betul-bertul anak Che Ta sebab dia tak makeup mata so dia pakai sunglasses, nak makan takut tak nampak, tutup mata. Heyy sayang, Over la hang ni haha”-Kata Che Ta

    @rozitachewan1

    Adoiiiiiii menuqun mak dia sebijikkkkkk! Kesian laaaa pak hang kena layan bini dgn anak yg sama naikkkkkkk🤣🤣🤣 . #fyp #cheta #cekangjelita #rcw #rozitachewan #serumcheta #aaisyahdhiarana

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ‘mana kan tumpah kuah kalau tidak ke nasi’ kerana Che Ta juga sebegitu jadi tidak hairan lah Aaisyah juga sama.

    ALSO READ:  “Kesilapan Datang Dari Diri Sendiri” – Ajai Perjelas Kesilapan Mamat Dengan Barang Terlarang

    Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat, solehah dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts