Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Kerang Pun Depa Jual, Tapi Aku Nak Pi Rebus Tang Mana Pulak”-Che Ta
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 71 ribu, tanda suka sebanyak 2,244 dan sebanyak 21 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang membeli air kelapa segar tepi laut di Semporna Sabah. Bukan hanya air kelapa sahaja yang ada, malah makanan laut juga ditunjuk oleh Che Ta.
@rozitachewan1
Geqam pulakkkkk tgk keqang janda la kami panggie, besaq2 kepala budak 🤣 Qasa nk masuk dapoq hotel nk masak seniqiiiiii . LUTFIRTRAVEL #lutfirtravel #cheta #semporna #fyp
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Semporna sememangnya banyak makanan laut yang segar. Tambah mereka lagi, mereka terhibur dengan kerang janda yang diperkatakan oleh Che Ta itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?