Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Gelagat Che Ta Raih Perhatian Ramai-“Kami Takda Bajet Nak Sewa Lori,...

    [VIDEO] Gelagat Che Ta Raih Perhatian Ramai-“Kami Takda Bajet Nak Sewa Lori, Jadi Kena Baring!”

    -

    Shopee CNY Sale

    Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Ulang Banyak Kali Pun Tetap Lawak”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 194 ribu, tanda suka sebanyak 3890 dan sebanyak 53 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang baru sahaja selesai sebuah program nyanyian yang dihadirinya dengan pakaian serba kuning dan hiasan yang besar dikepalanya.

    @rozitachewan1

    Qamai yg komen lepaih ka masuk qeta pakai head gear tu ? Memang tak lepaihhhhhh ! 🤣🤣🤣 . #cheta #rozitachewan #rcw #fyp #tokti #tmsm #fyp #cekangjelita

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata ramai yang terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Hiasan yang dipakainya itu terlampau besar sehingga menyukarkannya untuk memasuki kereta.

    “Ulang-ulang tengok lawak Che Ta masuk kereta. Tu jenuh tunduk nohh atas kepala tinggi sangat”

    “Awat tak habaq, kami ada lori 5 tan”

    “Che Ta pun naik Bezza je kauuuuu”

    “Tak pernah tak segak, selalu segak aihhh”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar untuk menghiburkan suasana sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kate Middleton Mendedahkan Penyakit Kanser yang Dideritainya

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts