Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Bersiap Nak Pergi Pasar, Raih Perhatian...

    [VIDEO] Gelagat Che Ta Rakam Aaisyah Bersiap Nak Pergi Pasar, Raih Perhatian Ramai!-“Hang Ni Kan Cahh, Over Tau!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Satgi Orang Kata Anak Che Ta Gila Ka Apa, Dengan Handbag Mummy Gitu”-Kata Che Ta

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 945 ribu, tanda suka sebanyak 33 ribu dan sebanyak 568 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam anak perempuannya itu yang telah bersiap untuk pergi ke pasar, namun pakaian yang dipakainya itu di kutuk oleh Che Ta kerana tidak sesuai dengan tempat yang akan mereka kunjungi.

    @rozitachewan1

    Dia bersiap lawa2 ni nk p rosyam mart ja hampa😝 . Yg berkenan dgn bag Dior tu pls pm ok🤗 . #cheta #aaisyahdhiarana #rcw #rozitachewan

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah merupakan anak Che Ta pasti ianya mahu bersiap seperti ibunya juga.

    Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts