Sebut sahaja nama pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, pasti kita sudah terbayang akan penampilannya yang sangat ‘glam’ dan tetap kelihatan seperti anak dara biarpun sudah memasuki usia 50-an.
Terkini, Che Ta mencuri perhatian netizen apabila membuat satu perkongsian di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan gelagat Che Ta apabila diminta ‘selongkar’ beg tangan mewahnya.
“Jangan dok punggah lah bag kami ni. Silap hari bulan gajah pun ada.”-kapsyen Che Ta di TikTok
@rozitachewan1 Jgn dok punggah lah nag kami ni … silap haribulan gajah pun ada🤣🤣🤣🤣🤣 . #cheta #rcw #rozitachewan #cekangjelita #lawalips
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
“Ni Baru Betul Handbag Mahal Duit Berkepuk…”
Perkongsian Che Ta dibanjiri dengan komen netizen yang rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat pelbagai item yang terdapat dalam beg tangan Che Ta termasuklah resit-resit lama. Malah ada yang turut menitipkan pesana buat pelakon jelita ini untuk berhati-hati apabila menunjukkan duit berkepuk-kepuk dikeluarkan dari beg tangan berjenama mewah miliknya itu.
“So bukan aku je yang beg tak kemas ye. Lelaki aku selalu cakap aku bawak sampah dalam beg. Macam pompuan lain kemas je.”
“Ni baru betul handbag mahal duit bekepuk 😂. Ada orang beg je branded duit sengkek 😝.”
“Ni baru betul mak kau hijau!! 💚😅. Ya Allah lawa gila Cik Ta ni 😍😍.”
“Aku ulang-ulang tengok masa Che Ta buat muka kat Aisyah 🤣.”
“Dalam beg Che Ta macam dalam beg aku 😂😂.”
“Jaga-jaga banyak mata memerhati. Jangan nanti dah jadi baru menyesal.”
“Resit tu jangan buang lagi Che Ta. Tunggu dah habis dakwat baru buang hehehe.”
Apa komen anda?