Gelagat pelakon Rozita Che Wan ketika menjayakan sebuah photoshoot bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, baru-baru ini, berjaya mencuri perhatian netizen di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dilahirkan Memang Bukan Anak Orang Senang’ – Rozita Che Wan
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan
Posing betul-betul la
Menerusi video yang dikongsikan, Che Ta dilihat sedang menyuruh anak perempuannya melakukan posing yang cantik persis model.
Namun begitu, cara posing Aaisyah dilihat sedikit kekok apabila kedudukan kakinya tidak sama seperti ibunya. Berikutan daripada itu, Che Ta dilihat menegur dan mengajar anaknya cara posing yang betul.
Aaisyah kaki macam ni. Macam tak biasa ambil gambar. Apasal kaki macam budak rempit tu. Duduk elok-elok sikit macam ni. Macam lutut mummy ni.
Kami nak jadi model dia pun sama, tapi kaki dok lagu tu, kan dah kene daaaaihh dengan kami, karang kami posing sorang-sorang dia merajuk, melalak pula, dah ajak sekali dia buat kelaku(perangai) saja buat mak dia amuk (mengamuk).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak beranak ini.
Orang kedah kalau tegur anak dia mesti kata oiii…itulah teguran paling berkasih sayang.
Bila melawa macam Che Ta, tapi karakter Zain tetap ada.
Hahahahaha lamanya tak dengaq, nak kena daih.
Video
View this post on Instagram