Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Che Ta Tunggu Aaisyah Bersiap Cetus Perhatian Ramai!-“Tengok Penampilan, Tercampaklah...

    [VIDEO] Gelagat Che Ta Tunggu Aaisyah Bersiap Cetus Perhatian Ramai!-“Tengok Penampilan, Tercampaklah Mak Hang!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Punya Lama Tunggu Anak Dara Ni Bersiap”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 43 ribu dan sebanyak 330 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menunggu Aaisyah bersiap untuk pergi menghadiri jemputan rumah terbuka.

    “Mummy hang kalau tunggu hang memang tertinggal kapal terbang la sya, Daddy tunggu dalam kereta sampai nak meletup dah kereta, punya lama tunggu dia bersiap”-Kata Che Ta

    “Mummy Aaisyah kena jaga penampilan, bukan mummy je tau”-Kata Aaisyah

    “Penampilan wow takut, tercampaklah mak hang”-Tambah Che Ta

    @rozitachewan1

    Berjanggut kalau tunggu anak daqa ni bersiappppppp… beqasap pungkoq tumbuh akaq la dreba dlm qeta tu @aaisyahdhiarana111 oiiii .. #aaisyahdhiarana #fyp #cheta #cekangjelita

    ♬ Gadis Melayu – Zaki Yamani

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sememangnya seorang yang cantik dan semakin dia besar semakin bertambah kecantikkannya itu.

    ALSO READ:  Ruhainies Anggap Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz Merepek – ‘Bertunang? Tak Akan Berlaku’

    Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah, taat dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts