Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Che Ta Usik Aaisyah Raih Perhatian!-“Mai Dah Ustazah Telekung Kuning...

    [VIDEO] Gelagat Che Ta Usik Aaisyah Raih Perhatian!-“Mai Dah Ustazah Telekung Kuning Ni”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Cantiknya Ustazah Aaisyah Bertelekung Macam Ni”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 291 ribu, tanda suka sebanyak 7,535 dan sebanyak 93 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah Dhia Rana yang memakai telekung berwarna kuning diraja.

    @rozitachewan1

    Kekwat jgk hat pon😜😜😜😜 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #byrcw #rozitachewan #adr #fyp

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Selain itu, mereka juga mengatakan mengenai gigi Aaisyah yang kelihatan semakin tumbuh untuk mengantikan gigi lamanya yang telah patah itu. Tambah mereka lagi, Aaisyah sangat beruntung kerana dia kelihatan cantik untuk memakai apa sahaja pakaian yag dikenakannya itu.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  Pukul Dengan Getah Paip Sehingga Badan Berbirat, Noorkhiriah Mohon Maaf Kepada Anak Fauzi Nawawi

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts