Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik di laman media sosial anak perempuan kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mencetuskan rasa terhibur netizen melihat gelagat dua beranak ini.
Cik B menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya yang mahu membeli sebuah beg tangan berjenama mewah yang bernilai RM25,000, namun dihalang oleh ibunya menerusi panggilan video.
“Baru nak beli beg tapi Mama tak bagi lah pulokk.”-kapsyen Cik B di TikTok
@cikb_havoc Baru nak beli bag tapi Mama tak bagi lah pulokk #tiktokmalaysia #fyp #onthisday #balenciaga #shopping #fypシ゚viral #foryou #bodyguards #bag
♬ Slow and comical BGM(1083863) – Blanket
“Cik B Nak Beli Pun Tanya Mak Dulu…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terhibur melihat Cik B yang redha mendengar ‘tazkirah’ ibunya itu, malah ada yang sempat memuji sikap anak perempuan DSV yang masih meminta pendapat seorang ibu sebelum melakukan sebarang keputusan.
“Betul la Datuk Vida kata tu. Promoter tu promote je. Janji komisyen masuk. Tak kena Cik B pakai beg tu.”
“Dengar cakap mama Cik B, betul dia cakap tu.”
“Cik B pun nak beli tanya mak dulu 😭. Aku beli barang online pun sorok-sorok.”
“Duit dia banyak pon dia still tanya pendapat mak dia. sebab dia fikir dia suka benda tu tapi dia tahu mak dia lebih faham dia perlu ke tak benda tu..”
“Walau dia ada duit, tetap dia utamakan pendapat Mama. You too good Cik B.”
Apa komen anda?