Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ Seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dato Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
“Habis Terus Jualan DSV, Peminat Minta Tambah Stok”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @datoserividaofficial yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 70 ribu, tanda suka sebanyak 4,011 dan sebanyak 77 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan DSV yang pergi ke Brunei untuk meluaskan perniagaannya di sana, namun yang menarik perhatian adalah apabila ramai peminat yang datang serbu untuk membeli produknya itu.
@datoserividaofficial SOLD OUT! orang brunei terbaikkkk ‼️ Harini last day masih ada PERFUME , LIPSTICK , TUDUNG DSV 😍 #datosrivida #quputehbarulahputeh #brunei #bruneidarussalam #foryou #fyp
♬ original sound – ZARINAOMAR_MUA
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa DSV dilihat secara bersemuka sangat cantik.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?