Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Dayang Nurfaizah Menyanyi Di lobby Hotel, Raih Perhatian!-“Nampak Kamera Terus...

    [VIDEO] Gelagat Dayang Nurfaizah Menyanyi Di lobby Hotel, Raih Perhatian!-“Nampak Kamera Terus Senyap”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama penyanyi wanita Malaysia, Dayang Nurfaizah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Memulakan kerjayanya sebagai pernyanyi seawal umur 18 tahun menerusi program realiti nyanyian anjuran 8tv iaitu One In A Million.

    Dayang Nurfaizah juga telah membuat banyak album serta meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara membolehkan namanya kini sebaris bersama penyanyi wanita Malaysia yang lain seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, dan Jaclyn Victor.

    “Next Time Kena Cepat-Cepat Rakam Kalau Dayang Sing Along”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @leeyasani yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 60 ribu, tanda suka sebanyak 1,700 dan sebanyak 54 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Dayang Nurfaizah yang berada di Lobby Hotel, kemudian menyanyi sambil diiringi bunyian piano, namun beliau menghentikan nyanyian ketika nampak kamera telefon ingin merakamnya itu.

    lb

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Dayang Nurfaizah seorang yang sangat merendah diri. Tambah mereka lagi, Dayang Nurfaizah sangat peka jika individu ingin merakamnya menyanyi.

    Apa-apa pun, semoga Dayang Nurfaizah terus menghasilkan karya yang berkualiti untuk industri muzik tanah air. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,221FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts