Nama penyanyi wanita Malaysia, Dayang Nurfaizah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Memulakan kerjayanya sebagai pernyanyi seawal umur 18 tahun menerusi program realiti nyanyian anjuran 8tv iaitu One In A Million.
Dayang Nurfaizah juga telah membuat banyak album serta meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara membolehkan namanya kini sebaris bersama penyanyi wanita Malaysia yang lain seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, dan Jaclyn Victor.
“Walaupun Pakai Tshirt Hitam Dengan Jeans, Tetap Terserlah Auranya Itu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @leeyasani yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 128 ribu, tanda suka sebanyak 5,561 dan sebanyak 169 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Dayang Nurfaizah bersama team nya pergi merakam lagu terbarunya yang bakal keluar pada November nanti yang ditayangkan di Billboard Bukit Bintang. Namun selepas segalanya selesai, Dayang Nurfaizah sempat menyertai busking dan menyanyikan lagunya yang berjudul Seandainya Masih Ada Cinta secara percuma di tengah bandar itu.
@leeyasani
Came for the billboard, end up with an impromptu performance for the crowd😁 @DayangNurfaizah #dayangnurfaizah #dayanglemah #dayangjanji
♬ original sound – Leeya Sani – Leeya Sani
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, sangat bertuah sesiapa yang berada di tempat tersebut kerana dapat mendengarkan Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu secara langsung dan percuma.
Apa-apa pun, semoga Dayang Nurfaizah terus menghasilkan karya yang berkualiti terutama buat peminat-peminatnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?