Perkongsian aktor, Dini Schatzmann mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat reaksi spontan Dini yang menjerit ketika cuba menghalau lipas di dalam kawasan dapur di kediamannya itu.
“POV bila bini marah dan dia tak nak tolong buang lipas.
Lepas geram dekat lipas je la.”-kapsyen Dini di TikTok
@dinischatzmann Lepas geram dekat lipas je la…
♬ original sound – Dinischatzmann – Dinischatzmann
“Jarang Nak Jumpa Orang Hensem Ni Kelakar Tau..”
Gelagat spontan Dini mencetuskan rasa terhibur netizen di ruangan komen melihat ‘kejantanan’ Dini yang dek kerana serangga kecil itu. Malah, ada yang sempat berseloroh ‘mengusik’ Dini dapat ‘mencarut’ dalam bahasa Malaysia dengan baik ketika dalam keadaan kelam kabut kerana lipas.
“Lah last part tu takyah kot 😭😭.”
“Sampai nak terkeluar taik dah lipas tu 🤣🤣.”
“Dia tengah main tenis ke tu 😂😂.”
“Bang main skuasy bukan kat dapur 😅.”
“Dulu time sekolah rasa pelik kenapa lelaki takut lipas. Bila dah kolej dan kerja rupanya ramai lelaki memang takut lipas. So normal la. Saya tak takut 😂.”
“Jarang nak jumpa orang hensem ni kelakar tau 😂😂.”
“Pekat betul bila mencarut hahaha.”
“Hahaha sama dengan saya bukan takut lipas tapi geli kan.”
Sekadar info, Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga bersama Janna Nick pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah.