Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Ernie Zakri & Syamel Di Konsert Siti Nurhaliza Raih Perhatian...

    [VIDEO] Gelagat Ernie Zakri & Syamel Di Konsert Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai!-“Mereka Sentiasa Menyokong Idola”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Silap-Silap, Diorang Pon Sitizoner”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik dilaman media sosial tiktok milik @secretlover.ez yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 394 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 216 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri bersama suaminya Syamel menghadiri konsert yang diadakan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bertempat di Axiata Arena Kuala Lumpur.

    Kelihatan Ernie dan Syamel sangat terhibur dan menikmati konsert tersebut sehinggakan menyanyi bersama-sama dengan penonton lain di dalam stadium berkenaan.

    @secretlover.ez

    Karaoke session🥹🫶🏻 #fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #ernienators #sitinurhaliza #sebuahepitomesayasitinurhaliza

    ♬ original sound – Ernie Grande❤️🔐 – Ernie Grande❤️🔐

    Rata-rata netizen teruja melihat Ernie Zakri dan Syamel yang hadir ke konsert tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasangan selebriti tersebut sering menyokong dan menghadiri acara yang dianjurkan oleh Tokti sebagai tanda sokongan kepada idola mereka itu.

    ALSO READ:  Mengaku Diri Pembersih, Realitinya Malaysia Merupakan Negara Ke 5 Tertinggi Dunia Cemari Laut Dengan Plastik

    Apa-apa pun, semoga kita semua diluaskan rezeki dan peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts