Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Erra Fazira Berlawan Menyanyi Dengan Kak Lina, Curi Perhatian Ramai-“Dua-Dua...

    [VIDEO] Gelagat Erra Fazira Berlawan Menyanyi Dengan Kak Lina, Curi Perhatian Ramai-“Dua-Dua Hebat!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira merupakan seorang peragawati, penyanyi, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia. Erra memulakan kerjaya seni pada usia 17 tahun dengan menjadi penyanyi di persembahan pentas dibawah bimbingan rakan ibunya, penyanyi Dayangku Intan. Bermula dari situ, beliau diberi peluang muncul di televisyen buat pertama kali pada tahun 1991 dengan mengacarakan rancangan muzikal hari raya bersama artis-artis veteran, Variasi Aidilfitri.

    Beliau mula mendapat perhatian secara meluas pada 1992 apabila menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan dinobatkan sebagai pemenang. Sejak itu, beliau mula diintai oleh ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan televisyen. Pada tahun 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan Datuk Yusof Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi, Awie dan Ziana Zain.

    “Erra Fazira Ni Tengah Menyanyi Pun Lawa”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @needsaiful yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 60 ribu, tanda suka sebanyak 2,026 dan sebanyak 45 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Erra Fazira yang menjadi juri bagi sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia, dan kemudian sementara menunggu iklan disiarkan beliau sempat berduet bersama Elly Mazlein menyanyikan lagunya yang pernah popular suatu ketika dulu.

    @needsaiful

    yang terindah hanyalah sementara… erra fazira vs kak Lina PomPom… #kilauanemas2024

    ♬ bunyi asal – Need S@iful – Need S@iful

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Suara Erra Fazira masih sama seperti dahulu. Tambah mereka lagi, Erra Fazira sememangnya seorang yang cantik dan menawan walaupun tengah menyanyi.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts