Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya khas buat peminat-peminat tersayang. Namun tidak dijangka keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat untuk dipasarkan.
Selain sibuk dengan menjaga keluarga dan perniagaannya, Fazura juga kini aktif sebagai penyanyi. Fazura mengatakan bahawa dirinya amat meminati lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan dari penyanyi, penulis lirik dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani.
“Comelnya Fatima, Bijak Betul Dia Berkata Kata”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @erine696 yang peorleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 125 ribu, tanda suka sebanyak 2,433 dan sebanyak 208 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fatima yang memberitahu bahawa dia tidak mahu duduk di rumah dan ingin mengikuti Fazura pergi kerja.
@erine696
Replying to @wan.char7 #love #mommylove #fatima #fazura
♬ original sound – Erine.Az – Erine.Az
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Fatima sangat rapat dengan Fazura sehinggakan tidak mahu ditinggalkannya walaupun untuk pergi kerja.
Apa-apa pun, semoga Fatima membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?