Fazura adalah seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Negeri Pahang. Beliau telah mencipta satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya diperuntukkan kepada peminat-peminatnya. Namun, keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat di pasaran.
Selain sibuk menjaga keluarga dan perniagaannya, Fazura kini juga aktif sebagai penyanyi. Beliau menyatakan minatnya terhadap lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan penyanyi, penulis lirik, dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani.
“Ajar Anak Untuk Tidak Membazir Walaupun Mampu Beli Banyak”
Baru-baru ini, satu video di muat naik di laman media sosial TikTok milik @fazura.klstokis telah menarik perhatian ramai. Video tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 940 ribu, tanda suka sebanyak 30 ribu dan sebanyak 83 komen.
Dalam video tersebut, Fatima dan Fazura pergi membeli-belah dan yang menarik perhatian adalah ketika Fatima memilih sendiri baju yang ingin dipakainya.
@fazura.klstokis Girl Fatima yang sangat baik 😍✨ beli-belah bersama ibunya @Nur Fazura
♬ original sound – 🌸-iqa-🌸 – 🌸-iqa-🌸
Ramai netizen memuji cara Fazura berbelanja untuk anaknya. Mereka juga menyatakan kekagumannya kerana walaupun Fazura mampu membeli lebih banyak, namun beliau tetap membeli secukupnya tanpa membazir. Mereka juga memuji Fatima yang semakin besar, bijak, dan cantik seperti ibunya.
Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang mencukupi dan mendapat keberkatan dalam kehidupan, di dunia dan di akhirat. Apa pendapat anda?