Hairul Azreen Idris merupakan seorang pelakon, model, pelagak ngeri dan pengarah dalam industri seni di Malaysia. Hairul memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan, sebagai pelagak ngeri sebelum menceburi dalam bidang lakonan.
Juara Fear Factor Malaysia musim pertama itu, telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan blogger iaitu Hanis Zalikha. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
“Anak Kedua Memang Lasak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hairul Azreen yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 924 ribu, tanda suka sebanyak 75 ribu, dan sebanyak 358 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hairul Azreen mendukung anak keduanya iaitu Alisa Aisyah dengan gaya yang agak ganas.
“Harini hari jadi saya dan hari pertama Alisa ke sekolah”-Kata Hairul Azreen
@hairul_azreen88 Today is my birthday & Alisa first day sekolah 😍 23 April 2024
♬ Daddy Cool (Remix) – Thereon Remix
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya anak nombor 2 lebih lasak berbanding anak pertama. Tambah mereka lagi, mereka kagum lihat hubungan yang rapat Hairul Azreen bersama anak-anaknya itu.
Apa-apa pun, semoga Alisa membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya serta berjaya dunia dan akhirat. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatam hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?