Hairul Azreen Idris merupakan seorang pelakon, model, pelagak ngeri dan pengarah dalam industri seni di Malaysia. Hairul memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan, sebagai pelagak ngeri sebelum menceburi dalam bidang lakonan.
Juara Fear Factor Malaysia musim pertama itu, telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan blogger iaitu Hanis Zalikha. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
“Dari Dulu Sampai Sekarang Terbawa-Bawa Baling Tak Kena Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hairul Azreen yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 414 ribu, tanda suka sebanyak 27 ribu dan sebanyak 176 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hairul Azreen yang cuba untuk bermain permainan ‘baling tin’, namun tidak ada stu pun yang terkena dan menyebabkan rakannya ketawa terbahak-bahak.
@hairul_azreen88
Payah bila ada kawan macam ni @Adrian Teh @Naz Wan
♬ original sound – 🧾 – complicated ahh bih
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga terhibur apabila Hairul Azreen membaling dari jauh dan dari dekat namun kedua posisi itu tidak terkena tin tersebut.
Tambah mereka lagi, mereka juga turut ketawa apabila melihat rakan kepada Hairul Azreen itu ketawa terbahak-bahak. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?