Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Hanis Zalikha & Hairul Azreen Raih Perhatian!-“Dulu Kerja Dekat Pavilion,...

    [VIDEO] Gelagat Hanis Zalikha & Hairul Azreen Raih Perhatian!-“Dulu Kerja Dekat Pavilion, Sekarang Brand Sendiri Disitu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha Zainal Rashid, atau lebih dikenali sebagai Hanis Zalikha yang merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita di Malaysia.

    Hanis Zalikha merupakan anak kedua dari tujuh beradik yang memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dalam dunia peragaan. kemudian namanya melonjak naik selepas menyertai beberapa rancangan realiti televisyen sehingga ketika itu pencarian namanya di google mengatasi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

    Selepas dari itu, Hanis Zalikha telah berlakon lebih dari 20 filem serta drama sebelum mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti dalam bidang hiburan. Hanis Zalikha telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Hairul Azreen dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

    “Manisnya Hanis Zalikha Ni, Sesuai Dan Suka Tengok Mereka Berdua Ni”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hairul Azreen yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 115 ribu dan sebanyak 313 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Hairul Azreen yang memberitahu bahawa isterinya itu dahulu berkerja di sebuah butik di dalam pusat membeli belah terkenal Pavilion, namun kini mereka berjaya membuka perniagaan pakaian di hadapan pusat membeli belah tersebut.

    @hairul_azreen88

    My love @Hanis Zalikha

    ♬ original sound – Hairul Azreen 88 – Hairul Azreen 88

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa setiap hasil usaha titik peluh sendiri pasti akan terbalas dan berjaya.

    Apa-apa pun, semoga perniagaan pasangan selebriti ini terus berkembang maju. Semoga kita semua diberikan rezeki yag melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Syed Saddiq Kongsi Cabaran IRONMAN 2024, Netizen Kagum!-“Daripada Accident Terlanggar Pokok…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts