Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudia mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.
“Hensem & Bijak Issac Raaes Ni, Aunty Suka”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zahirah Macwilson yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 406 ribu, tanda suka sebanyak 55 ribu dan sebanyak 378 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Isaac Raees yang memberi nasihat bahawa sangat tidak elok untuk bercakap mengenai individu lain.
“Tak baik tau, tak baik cakap pasal orang. BERDOSA! BE KIND TO EVERYONE!”-Kata Isaac Raees
@zahirahmacwilson Advise dari Isaac 💖
♬ original sound – Zahirah Macwilson – Zahirah Macwilson
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, Isaac Raees bukan sahaja mempunyai rupa yang menawan, namun mempunyai tutur bahasa yang elok dan tertib.
Apa-apa pun, semoga Isaac Raees membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?