Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Izara Aishah & Tya Arifin Dimeja Makan Buatkan Ramai Terhibur!-“Masing-Masing...

    [VIDEO] Gelagat Izara Aishah & Tya Arifin Dimeja Makan Buatkan Ramai Terhibur!-“Masing-Masing Suka Mengacau”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasti semua mengenali pelakon wanita Malaysia yang cukup terkenal dengan kecantikkan dan keanggunannya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih mesra disapa Izara Aishah. 

    Izara Aishah ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem. Selepas berkahwin dengan anak kepada usahawan Malaysia, Izara Aishah kini memilih untuk lebih fokus menjaga keluarga kecilnya itu.

    Izara Aishah kini aktif di media sosial miliknya terutamanya di instagram dan tiktok. Dia Sering membuat live di tiktok untuk menunjukkan cara-cara memakai tudung sambil menjual cardigan dan tudung jenamanya sendiri.

    “Best Dapat Ipar Duai Yang Sempoi”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tya Arifin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 749 ribu, tanda suka sebanyak 27 ribu dan sebanyak 101 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Izara Aishah yang mengambil video Tya Arifin di meja makan secara senyap, kemudian Tya Arifin juga melakukan perkara yang sama kepada Izara Aishah.

    @tyaarifinnw

    Haaa tengok part last video ya😂 @Izara World #fyp #tyaarifin #izaraaishah #sideeye

    ♬ suara asli – Love You Biba – Love You Biba

    Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Izara Aishah dan Tya Arifin itu. Mereka juga mengatakan bahawa, sangat seronok jika mendapat ipar duai yang sekepala dan mampu untuk bergurau bersama-sama.

    Apa-apa pun, semoga hubungan silaturahim mereka terus erat dan semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

    Semoga kita semua juga peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Tony Fernandez Pakai ‘Chapan’, Adakah AirAsia X Bakal Buka Penerbangan Ke Destinasi Baru, Uzbekistan?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts