Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Jaclyn Victor Nyanyi Lagu ‘Christina Aguilera’ Depan TV, Raih Perhatian-“Lain...

    [VIDEO] Gelagat Jaclyn Victor Nyanyi Lagu ‘Christina Aguilera’ Depan TV, Raih Perhatian-“Lain Macam Dia Punya Menghayati”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor  ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah utama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini.

    Beliau merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki. Zaman kanak-kanak beliau dipenuhi pelbagai dugaan hidup. Bapanya meninggal dunia semasa beliau berumur sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, terpaksa melakukan tiga pekerjaan sekaligus untuk menyara kehidupan diri dan keempat-empat anaknya. Apabila mencecah umur 18 tahun, Jac mula bekerja sebagai penyanyi di hotel-hotel dan kelab-kelab malam untuk membantu menyara kehidupannya sekeluarga.

    “Nak Dengar Key Lagu Sampai Melutut Depan Televisyen”-Netizen

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @farezadnanofficial yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 136 ribu, tanda suka sebanyak 6,931 dan sebanyak 58 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Jaclyn yang melutut di hadapan televisyen untuk mendengar dan menyanyi lagu dari penyanyi antarabangsa iaitu Christina Aguilera yang berjudul ‘Hurt’.

    @farezadnanofficial

    HAHAHAH KORANG TENGOK LA PENYANYI KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA!! @Jaclyn Victor !

    ♬ original sound – Farez Adnan – Farez Adnan

    Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka sebegitu sekali cara Jaclyn untuk mendengar lagu tersebut dengan lebih teliti.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts